Jordan Vincent ‘Prank’ Pegang Tangan Anna Jobling, Netizen Petik Nama Meerqeen, “Ada Yang Merajuk Ni…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular video pelakon Anna Jobling bersama pempengaruh terkenal dari Indonesia iaitu Jordan Vincent di platform Tik Tok. Di dalam video yang dimuat naik ini, Jordan telah membuat satu ‘prank’ di mana dia sengaja memegang tangan Anna secara tiba-tiba tanpa memberitahunya.

Pada awalnya, mereka dilihat bersiar-siar di dalam sebuah pusat membeli belah sebelum Jordan menarik tangan Anna dan jalan bersama. Anna yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku turut kelihatan keliru dan terkejut dengan tindakan spontan dari pempengaruh terkenal Indonesia ini.

Sponsored

Jordan akhirnya melepaskan tangan pelakon itu sambil ketawa pada penghujung video selepas ‘prank’ itu berjaya dilakukan. Perkongsian video yang dimuat naik di Tik Tok itu telah meraih perhatian peminat di Malaysia dan Indonesia dengan lebih sejuta tontonan setakat ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen menyebut nama Meerqeen di ruangan komen dan menunggu reaksi dari pelakon lelaki itu. Malah ada juga yang mengusik Meerqeen yang mungkin cemburu atau marah dengan ‘prank’ yang dilakukan oleh Jordan ini.

Sponsored

“Aku cari komen Meerqeen.”

“Ada yang merajuk ni nanti.”

Sponsored

“Nanti Meerqeen ajak buka table kang.”

Sekadar info, Anna Jobling dan Meerqeen sering dikaitkan mempunyai hubungan cinta susulan gandingan mereka di dalam drama Melur Untuk Firdaus. Malah pasangan ini juga mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai di Malaysia dan Indonesia yang menyukai gandingan kedua-duanya ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok