Usahawan Shermine Hau-Ah Moi mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Terdahulu dia menjadi tumpuan kerana konten berbentuk video lakonan yang dalam pada masa sama mencuit hati orang ramai sehingga berjaya meraih perhatian warganet sekali gus mempunyai peminat.
Dalam pada terdapat isu yang mendapat perhatian tentang kehidupan peribadinya, orang ramai memberikan sokongan terhadap ibu kepada tiga orang anak ini. Malah nampaknya beberapa konten video lucu yang pernah dikongsikan kembali ditumpukan warganet.
Ini kerana rata-rata netizen cukup suka dengan gandingannya bersama salah seorang pekerjanya yang memegang watak sebagai Teha ‘anak dato’. Orang ramai bagaimanapun meninggalkan pelbagai komen di konten video yang memaparkan lakonan mereka.
Ada juga yang mengatakan dari dulu suka melihat Shermine dan Teha ‘anak dato’ dimana ada yang turut mengatakan pekerjanya itu antara yang paling sempoi dan kebanyakan video yang dikongsikan dia adalah watak yang lebih disukai warganet.
Teha dipuji sempoi
Netizen diruangan komen bagaimanapun meninggalkan pelbagai reaksi dibeberapa video lucu yang pernah dikongsikan Shermine.
Dari dulu memang suka tengok Ahmoi dengan Teha
Amoi ft anak dato, mesti jadi punya. Kami backup jangan risau
Anak dato paling sempoi, sentiasa ada dengan Ahmoi
Ahmoi nanti bawak Teha tau, kita semua support you ok. Sini ramai peminat anak dato tu