Dalam sesuatu hubungan semestinya kejujuran sangat diperlukan. Dari situ barulah hubungan perkahwinan atau pun percintaan boleh bertahan lama dan bahagia.
Biarpun begitu, baru-baru ini kecoh di sosial media dengan kisah percintaan seorang gadis dan lelaki yang sudah hampir bernikah namun kecundang apabila satu pihak kantoi curang.
Malah kisah pasangan ini menjadi bualan ramai setelah rakaman gadis tersebut ‘menyerbu’ rumah tunangnya apabila mendapat tahu ada wanita lain di dalamnya. Setibanya di rumah lelaki berkenaan, dilihat ada kasut gadis lain yang difahamkan adalah skandal tunangannya.
Lebih membuatkan hati luluh apabila tunangnya itu baru sahaja kenal dengan skandal tersebut 2 bulan lalu. Manakala gadis yang juga tunangan lelaki ini sudah setia dengannya sejak individu itu tiada apa-apa dan tidak bekerja.
Ketika serbuaan tunang kantoi main kayu tiga ini, didapati lelaki tersebut berduaan dengan skandalnya dan tidak berpakaian lengkap. Malah kisah mengenai tunang kantoi main kayu tiga ini turut menjadi topik perbualan di Twitter.
“From Cinta Subuh to ‘kau pakai tudung pakai baju Shida. Curang itu pilihan ye, xde istilah sondol tapi pilijan kedua babi saling menyondol”
“Aku tak boleh bayangkan kalau pasangan aku cakap camtu depan aku…”
“Sebab tu jangan percaya lelaki acah alim sangat ni. Kalau nak cinta islamik sangat boleh tapi ni siap dating pegi masjid solat subuh lak”