Kongsi Video Masakan, Sheila Rusly Kena Perli Semula Dengan Netizen, “Timun Potong Tak Sama…”

Sponsored

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly mengumumkan dia dan suami bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah dalam masa yang terdekat ini. Pelakon itu turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke sana.

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi sebuah video yang dikongsikan di akaun Tik Tok milik pelakon itu. Di dalam video tersebut, Sheila Rusly dilihat menyediakan juadah nasi lemak untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir ke rumahnya.

Sponsored

Orang ramai turut mendoakan perjalanan Sheila Rusly dan suaminya dipermudahkan kali ini. Walaupun hanya sekadar berkongsi video masakannya, ruangan komen video tersebut menerima sindiran dari netizen yang mengkritik cara penyediaan hidangan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kritikan dan teguran terhadap hidangan yang dimasak pelakon itu. Malah mereka juga seolah-olah menjadi juri kepada masakan yang disiapkan ini dengan menegur tentang saiz timun yang dipotong, minyak di dalam sambal dan lain-lain lagi.

Sponsored

“Timun potong tak sama size kenapa sis?”

“Minyak agak terbanyak dalam sambal tu sis.”

Sponsored

“Salah tu, potong telur kena wrap pisau tu dulu baru telur kuning cantik.”

Komen-komen yang ditinggalkan ini difahamkan susulan video Sheila Rusly sebelum ini yang tular apabila dia didakwa melebih-lebih semasa memberikan komen dalam program masakan. Di dalam video tersebut, Sheila Rusly selaku juri dalam program itu telah meninggikan suara kepada salah seorang peserta.

Malah pelakon itu juga turut menerima kecaman hebat selepas dikatakan biadab kerana memaki hamun peserta tersebut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan kredibilitinya dalam bidang masakan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok