“Mengelupor kawan”- Kantoikan Syida tidur, gelagat Syatilla Melvin & Syifa buat ramai terhibur

Sponsored

Sebut sahaja nama empat beradik ini, tentu ramai yang cukup terhibur dengan gelagat Syatilla Melvin, Syida dan Syifa serta kakak sulung mereka, Syafiqa Melvin. Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, gelagat mereka terlalu menghiburkan warganet terutama di platform popular ini yang mengundang tawa pengguna lain.

Umum diketahui, selain Syatilla, Syida dan Syifa Melvin yang pernah terlibat dalam dunia lakonan, mereka juga kini lebih aktif dalam dunia perniagaan bersama kakak sulung, Syafiqa Melvin dengan jenama kosmetik mereka sendiri, Kekasih by The Melvins.

Sponsored

Bergabung dalam Kekasih by The Melvins

Meskipun begitu, seperti biasa mereka sering membuat sesi live di platform ini namun ternyata sekali lagi keempatnya tular disebabkan ramai tidak dapat menahan ketawa apabila adik-beradik selebriti ini buat hal dalam sesi live tersebut.

Sponsored

Hal ini disebabkan, Syatilla Melvin yang sentiasa ada-ada sahaja mengusik adik-beradiknya dan kali ini mengusik Syida Melvin dengan kantoikan dirinya sedang tidur ketika mereka sedang ‘live‘. Ternyata Syida Melvin menyedari dirinya di kantoikan tidur oleh kakaknya itu membuatkan yang lain pula tergelak.

@aeisyaazizann

hari hari tau #themelvins buat hal 🤣 #fyp #syatillamelvin #syifamelvin rasanya sale masukk semua sebab founder semua sporting tauu🤎😍

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Usikan adik-beradik ini nampaknya sekali lagi membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa mereka lalu diruangan komen pula, keempat-empat adik-beradik popular ini ditinggalkan pelbagai reaksi lucu oleh warganet.

Sponsored

‘Penat la hari hari macam ni’

Syida

‘Hahaha terperanjat member’

“Menggelupor kawan tu hahaha’