Kakak Aliff Syukri Tak Perasan Naik Satu Flight Dengan Lee Jae Wook, “Untungnya Yg Lain Berebut Kat Airport”

Sponsored

Baru-baru ini kakak kepada usahawan popular, Aliff Syukri yang mengelarkan dirinya Kak Yatie telah menjadi perhatian ramai. Ini kerana wanita tersebut yang juga usahawan memuat naik satu video dengan paparan pelakon Korea terkenal kini, Lee Jae Wook.

Difahamkan Yatie sedang merakamkan suasana di dalam kapal terbang yang membawa keluarganya dari Korea pulang ke tanah air. Ketika merakamkan anaknya yang berada di tempat duduk belakangnya, sungguh tak disangka ada Lee Jae Wook di belakang mereka.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut Yatie turut menjelaskan yang dia secara tak sengaja merakamkan Lee Jae Wook dan katanya pada waktu itu dia tidak kenal dengan pelakon terkenal tersebut.

Berikut adalah rakaman kakak Aliff Syukri tak perasan naik satu flight dengan Lee Jae Wook ini:

Sponsored
@yatie_kamarzaman

Patut la masa lalu sebelah tu dia ghisauu je tgk Kak Yatie tgh live dlm flight 😂😂 x sempat la nak interviewkan Lee Jae Wook utk korang

♬ original sound – Noor Hayati Kamarzaman – Noor Hayati Kamarzaman

Memang hampir betul tempat duduk mereka. Ini kalau peminat Lee Jae Wook yang duduk tempat anak Kak Yatie itu mesti teruja habis!

Untuk info, drama yang dilakonkan Lee Jae Wook iaitu Alchemy Of Souls bahagian dua kini sedang ditayangkan di Netflix.

Sponsored
Lee Jae Wook dalam Alchemy Of Souls

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet yang juga peminat aktor popular ini teruja menyaksikan perkongsian rakaman kakak Aliff Syukri tak perasan naik satu flight dengan Lee Jae Wook ini.

“Lah kenapa Kak Yati tak bangun je minta selfie. Peluang sekali seumur hidup”

“Kalau aku memang terkehel la leher asyik duk pandang belakang je tak tengok lain dah”

“Untungnya Kak Yatie. Yang lain berebut tunggu kat airport. Kak Yatie dengan mudah dapat tengok in person”

“Baru lepas tengok video Lee Jae Wook tetiba tengok family Kak Yati yang muncul dulu. Konfius kejap. Ulang tengok video tu betul laa Kak Yatie siap senyum”

SumberYatie