Rancak Menari Dalam Kereta, Gelagat Fuad Rahman Dan Tom Dikritik “Dah Macam Kat Kelab Malam…”

Sponsored

Peserta program Gegar Vaganza musim ke-9, Fuad Rahman dan Tom mengejutkan ramai dengan hubungan cinta mereka. Sebelum ini, ramai yang mendakwa Tom sebagai perampas dalam rumah tangga penyanyi lelaki itu namun sangkaan itu ditepis oleh Fuad.

Baru-baru ini, pasangan ini sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tularnya video kedua-dua mereka menari di dalam kereta. Di dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan Fuad Rahman dan Tom di dalam kereta dipercayai semasa mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Sponsored

Dalam masa yang sama, suasana begitu meriah di dalam kereta dengan lagu dan lampu seakan-akan di dalam kelab malam. Mungkin teruja dengan suasana tersebut, pasangan itu dilihat menari sakan di dalam kereta sekaligus mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menonton.

“Dah macam kat kelab malam, padahal dalam kereta je pun…”

Sponsored

Perkongsian itu kemudiannya menerima kritikan ramai apabila rata-ratanya memerli pasangan bercinta itu yang dikatakan mempunyai perangai dan minat yang sama. Malah ada juga yang memberitahu bekas isteri kepada penyanyi lelaki itu membuat keputusan yang tepat untuk berpisah dengannya.

“Alhamdulillah, bekas isterinya membuat keputusan yang betul.”

Sponsored

“Sepadan dah tu.”

“Memang padan lah tu dia dorang ni.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada individu yang mendakwa nombor pendaftaran cerai di Singapura tidak wujud malah Fuad Rahman juga dikatakan masih lagi adalah suami orang. Tambah individu itu, dia turut mencabar Fuad Rahman untuk menunjukkan bukti dia sudah bercerai secara sah.

Hubungan pasangan ini mula didedahkan kepada umum selepas Fuad Rahman memuat naik status ‘In a relationship’ bersama Tom di media sosialnya. Malah dia juga turut memuat naik gambar mesra bersama penyanyi wanita itu sekaligus mengesahkan hubungan cinta di antara mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok