Banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Pantai Timur kali ini menyaksikan ramai yang terkesan apabila harta benda ditenggelami air banjir. Sama juga macam usahawan dari Kelantan ini yang turut terkesan di mana kereta mewah Lamborghini miliknya dinaiki air banjir.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, usahawan itu memberitahu kawasan rumahnya dinaiki air dengan begitu pantas sekali. Panik dengan situasi tersebut, dia kemudiannya meminta bantuan ‘towing’ untuk memindahkan kereta Lamborghini itu ke kawasan yang tinggi.
Oleh kerana dia kini tiada di Malaysia kerana bercuti, usahawan itu meminta bantuan rakan-rakan di media sosialnya untuk mencari khidmat ‘towing’ itu. Nasibnya baik apabila dia akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu dan menyelamatkan kereta mewahnya sebelum terlambat.
Perkongsian dari usahawan itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen. Semuanya gara-gara usahawan itu pernah mencetuskan kontroversi dengan kereta mewahnya itu menyebabkan rata-rata netizen kembali mengungkit semula isu yang berlaku sebelum ini.
Terdahulu, usahawan ini mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila memberitahu dia sengaja membawa kereta Lamborghini miliknya masuk Langkawi semata-mata untuk memberi peluang kepada warga Langkawi melihat kereta mewah tersebut.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihati usahawan itu untuk lebih merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimilikinya. Tambah netizen lagi, bila-bila masa sahaja kekayaan yang dimilikinya itu boleh ditarik semula seperti kejadian banjir yang hampir berlaku padanya ini.
“Mana lambo yang berlagak sangat tu yang masuk langkawi tu.”
“Tu orang kata jangan hina sangat kereta wira, last-last kereta mahal saja tapi tak boleh redah banjir.”
“Lambo masuk langkawi boleh masuk air tak boleh lemahh.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.