“Kami tidak renggang malah hubungan kami tetap okey,” Janna Nick jawap isu hubungan sekarang dengan Dini

Sponsored

Hubungan pelakon, Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann sememangnya masih menjadi tanda tanya ramai dan meskipun Janna Nick sudah memberikan penjelasan di rancangan Melodi baru-baru ini namun tetap sahaja ada yang merasakan dakwaan hubungan cinta mereka putus adalah gimik.

Namun begitu, Janna Nick menerusi Utusan Malaysia bagaimanapun sekali lagi tampil menjelaskan tentang hubungannya dengan pelakon lelaki terbabit yang pernah dilihat bekerjasama di tempat umum baru-baru ini. Janna Nick berkata mereka tidak renggang malah hubungan dia dan Dini Azan Schatzmann masih okay. “Kami tidak renggang malah hubungan kami tetap okey.”

Sponsored
Janna Nick

Masih bekerjasama

Kami masih lagi bekerjasama. Apa yang boleh saya katakan tentang hubungan kami ketika ini, semuanya masih dalam tempoh ‘bertenang’. Namun kami masih menguruskan syarikat yang kami ditubuhkan. Mahu atau tidak, kami tetap kena bekerjasama demi kebaikan syarikat.” Ujarnya

Sponsored

Meskipun tular mereka didakwa putus cinta, namun kedua-dua belah yang mana Dini Azan Schatzmann atau Janna Nick sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada mereka berpisah atau masih bersama.

Walau bagaimanapun, kenyataan Janna Nick itu menyifatkan hubungan dia dan Dini Azan Schatzmann masih tetap okey, masih bekerjasama memandangkan mereka mempunyai syarikat bersama selain turut masih dalam tempoh bertenang.

Sponsored

Terdahulu, hubungan cinta Janna Nick dan Dini dikatakan putus selepas muat naik Janna Nick namun ada yang merasakan ia gimik. Pun begitu, Janna Nick di Utusan Malaysia tampil sekali lagi memberikan penjelasan.