Kapsyen Mengundang Shuhada Ditegur Netizen, “Kena Elak Post Macam Ni, Masih Dalam Iddah…”

Sponsored

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada baru-baru ini memuat naik perkongsian gambarnya bersama seorang lelaki di Instagram. Difahamkan, gambar itu diambil bersama rakan sekerja semasa mereka menjalani penggambaran untuk sebuah jenama produk.

Namun apa yang mengundang perhatian ramai ialah kapsyen yang dimuat naik oleh Shuhada di dalam hantaran tersebut. Menerusi kapsyen itu, Shuhada berseloroh menyebut nama kedua-dua anaknya dan bertanya pendapat mereka tentang lelaki yang berada di sebelahnya itu.

Sponsored

“Humairah, Umar, Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet?”

Walaupun kapsyen yang dimuat naik itu hanyalah gurauan semata-mata, namun ada yang berasa kurang senang dengan kenyataan tersebut. Jelas netizen, Shuhada masih lagi di dalam proses Iddah dan seharusnya menjaga adabnya bersama lelaki yang bukan mahram dalam tempoh ini.

Sponsored

Malah tindakan Shuhada memuat naik gambarnya bersama lelaki lain juga turut menerima kritikan dari netizen. Dalam masa yang sama, netizen menasihati wanita itu untuk tidak memuat naik kapsyen seperti itu kerana ia boleh mengundang fitnah memandangkan dia masih di dalam status iddah.

“Rasa kena elak kot post gambar macam ni, jaga masih dalam iddah. Walaupun kerja tapi mendatangkan fitnah, tak elok.”

Sponsored

Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan curang dengan orang ketiga dikenali sebagai Athira Yuhada dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Shuhada. Pelakon itu kemudian melafazkan talak cerai menerusi panggilan telefon bersaksikan ahli keluarga yang lain.

Kemelut rumah tangga pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila Hafidz didakwa menumbuk muka bekas isterinya itu di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Buloh. Pelakon itu mengaku tidak bersalah dan mahkamah mengarahkan Hafidz dibawa menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram