“Baca sampai habis dan menangis sorang-sorang,” sedemikianlah komen seorang peminat selepas melihat perkongsian pelakon, Shakilla Khoriri yang ternyata dalam pada masa sama mengundang rasa sebak peminatnya. Menerusi posting dia di Instagram, dia berkongsikan satu rakaman video.
Meskipun video berdurasi pendek namun mampu mengundang rasa sedih peminatnya apabila menunjukkan dia bersama anak perempuannya dan bekas suami, Fizi Ali. Umum diketahui, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia namun mereka berpisah pada Disember 2021.
Di awal perpisahan mereka bagaimanapun timbul beberapa isu yang mengejutkan antara kedua-dua pihak namun selepas reda video dikongsikan Shakilla Khoriri membuatkan orang ramai memberikan pujian terhadapnya dan Fizi Ali.
Berdamai lah untuk jiwa dan hati…
Pun begitu, ternyata mereka yang berdamai itu juga mencetuskan ada yang ‘panas’ sehingga diruangan komen pula membuatkan ada yang membidas orang ‘negatif’ sebegitu dan menasihatkan pelakon ini agar tidak menghiraukan.
Deme panas montot tang mananya? Pelik-pelik betul manusia ni. Lantakkan dorang yang panas montot tu
Yang putus kasih mak dan ayah, kasih dengan anak jangan sesekali diputuskan. Peduli apa orang kata
Mulut orang kan dia tahu nak judge je, so happy for you daddy Ameena and Ameena too
U did good job Shakilla Khoriri abaikan cakap-cakap orang tu, kita bukan hadap untuk happykan dorang. Kita hidup untuk anak-anak