Segala khabar angin mengenai hubungan di antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila pengarah itu memaklumkan dia sudah pun bernikah secara sah dengan wanita tersebut. Syamsul mengaku telah bernikah di Thailand hari ini dan berwalikan bapa pengantin perempuan.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Syamsul menjelaskan Puteri Sarah masih lagi menjadi isterinya yang sah dan mengharapkan dia pulang ke rumah untuk berbincang mengenai rumah tangga mereka ini.
Terbaru, Puteri Sarah memaklumkan menerusi hantaran di Instagram Story bahawa dia baru sahaja berhubung dengan peguamnya susulan pengakuan terbaru suaminya ini. Menurutnya, Ira Kazar telah melanggar perintah injuksi dan menghina mahkamah dengan tindakannya mengahwini Syamsul.
“Baru talk to my lawyer. Syamsul Yusof, your new wife dah langgar injuction order & menghina mahkamah. So boleh lah I saman 10 juta pula ya. See you guys in court.”
Di dalam hantaran Instagram Story itu, Puteri Sarah memaklumkan isteri baru Syamsul Yusof telah melanggar perintah injuksi membolehkan dia untuk menyaman wanita itu sebanyak RM10 juta. Dia turut memberikan pesanan akan berjumpa dengan mereka di mahkamah kelak.
Sebelum ini juga pada November lalu, Puteri Sarah pernah memaklumkan peguamnya mendapati ahli keluarga Ira Kazar melanggar perintah injuksi interim dengan mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial.
Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik Instagram Story dia akan berkongsikan video bagi pihaknya selepas ini susulan pengakuan dari Syamsul Yusof. Dalam masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan tindakan suaminya yang seolah-olah meletakkan semua kesalahan padanya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.