“Kau Yang Bercinta Lepas Tu Tuduh Aku Jahat”- Afiq Muiz Dan Keluarga Tampil Pertahankan…

Sponsored

Selepas Pachara memfailkan fasakh di mahkamah beberapa hari lalu, pelbagai pendedahan dibuat oleh suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Afiq Muiz. Memetik penerangan dari peguam Pachara, sebelum ini anak guamnya memfailkan penceraian namun tidak dapat kerjasama dari Afiq Muiz.

Susulan itu Pachara memfailkan fasakh dan dakwa pelakon wanita ini juga dia membuat keputusan itu kerana tidak diberi nafkah dan diabaikan. Malah kecoh dengan dakwaan Pachara dikatakan telah dipukul oleh Afiq Muiz dengan menunjukkan bukti bergambar.

Sponsored

Dedah perangai sebenar isteri

Tidak berdiam diri, Afiq Muiz dan keluarga dakwa perangai Pachara sebenar menerusi sosial media milik pelakon lelaki itu. Menerusi muat naik di Instagram Afiq Muiz mendedahkan isterinya bercinta dengan lelaki lain namun namanya pula dikaitkan sebagai orang jahat.

Berikut adalah tulisan Afiq Muiz dan keluarga dakwa perangai Pachara sebenar yang dimuat naik menerusi media sosial berkenaan:

Sponsored

“Kau yang bercinta…& kill our love. Lepas tu tuduh aku yg jahat… Kau cakap tapi bukti takde tak Guna jugak …yang aku dapat rase kau nak jatuhkan aku ….kenape ? Sebab kau dendam? Bagi tahu orang untuk ape ..?

Dakwa mahu jatuhkan namanya

Afiq Muiz turut mendakwa isterinya itu mahu menjatuhkan namanya dan membuatkan orang pandang hina padanya. Selain itu Afiq juga mendakwa Pachara berbohong dan fitnah dirinya.

Sponsored

“Sebab nak jatuhkan aku….tapi aku percaya Dan pengangan aku percaya pada REZEKI ALLAH YANG URUS… Alhamdulilah…walaupun segelitir org mule pandang hina …tapi ALLAH tak PANDANG HINA PADA AKU. Membohong je keje kau kan….fitnah la fitnah nanti kau jawab la kat akhirat ….sedar la sendiri diri tu…. “

Henti jaja cerita didera

Selain itu Afiq Muiz mohon isterinya hentikan jaja cerita didera dan mendakwa ada lelaki lain jadi mangsa penipuannya.

“Tak payah Beria jaja cerita aku Dera kau… Sudah2 la tu cerita dongeng kau. Dh kutip sekor …yg lain pulak kau try….aku Pon mls nk cari jantan2 yg kau scam….sbb aku manusia biasa….tapi aku yakin ALLAH tu ada…. insyallah”

Keluarga lantang bersuara pertahankan…

Di ruangan komen, keluarga Afiq Muiz turut lantang bersuara pertahankan pelakon lelaki ini dengan mendedahkan pelbagai perkara yang terjadi.

Pachara dituduh cederakan diri sendiri bukan dipukul

Adik Afiq Muiz dakwa ibu mereka turut dimaki…

Dakwaan Afiq Muiz ditanggung isteri, adik kata…

Berikut adalah pendedahan penuh Afiq Muiz yang dimuat naik menerusi sosial media miliknya itu: