Ruhainies Tak Sedia Lepaskan Profesion Lakonan Lepas Kahwin

Sponsored

Pelakon jelita, Ruhainies meluahkan kesukaran yang pernah dialaminya ketika memulakan karier dalam dunia seni sebagai pelakon.

Menurut laporan, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memaklumkan dia tidak pernah menolak tawaran kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman yang banyak.

Sponsored

Bukan itu sahaja, malah pelakon berusia 30 tahun itu mendedahkan dia pernah tiga hari tidak tidur dan meredah hujan dan panas tanpa mengeluh kerana begitu berazam untuk berkembang maju sebagai pelakon.

“Kalau ada yang kata saya selektif, semestinya. Saya sudah hampir satu dekad dalam industri seni. Kalau dulu mungkin saya terima semua tawaran yang ada.

Sponsored

“Ketika itu saya mahu bina nama, pastikan penerbit dan pengarah kenal siapa Ruhainies. Sebab itu, watak apa sekali pun saya terima asalkan tidak melampaui batas.

Bagaimanapun, Ruhainies bersyukur kerana namanya semakin stabil dan kini dikenali ramai. Ia adalah satu langkah ke hadapan dalam profesion lakonan baginya.

Sponsored
Ruhainies Tak Sedia Lepaskan Profesion Lakonan Lepas Kahwin
Kredit foto: Kosmo

Sementara itu, ditanya sama ada dia bersedia untuk memperlahankan kerjaya lakonan selepas berkahwin, Ruhainies menjawab tidak.

“Dia (bakal suami) perlu menerima hakikat saya seorang pelakon dan menghormati minat mendalam saya terhadap dunia seni. Tetapi ada syarat-syarat dan batas yang saya tahu serta akan patuhi.

Setakat ini, Ruhainies belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga kerana percaya tiada calon yang sesuai. Baginya, lebih baik dia mengutamakan kerjayanya kerana dia mempunyai banyak matlamat lain yang ingin dicapai.

SumberUtusan