Gurauan Minta Sponsor Majlis Persandingan Disalah Erti Hingga Dikritik, Abang Viva Perjelaskan

Sponsored

Semalam kecoh di sosial media apabila sukarelawan bantu mangsa banjir dikenali dengan nama Abang Viva bakal mengadakan majlis persandingan dengan isteri tercinta hujung bulan ini. Apa yang membuatkan ia menjadi buah mulut ramai adalah apabila Abang Viva bergurau minta sponsor untuk majlis berkenaan.

Gurauan minta sponsor majlis persandingan disalah erti hingga menyebabkan Abang Viva dikritik hebat di Facebook. Tidak mendiamkan diri, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil perjelaskan mengenai gurauannya itu.

Sponsored

Dalam muat naik terbaharu dengan tujuan perjelaskan mengenai isu tersebut, Abang Viva pada awalnya meminta maaf atas salah faham mengenainya dan meminta semua supaya tidak perbesarkannya.

“Pertama saya mintak maaf pasal post saya yang lepas..Berkenaan isu sponsor..Kalau tengok betul2..Itu saya buat gurauan. Minta semua jangan besarkan isu tu..

Sponsored

Tulisnya niat Abang Viva sebenarnya hanyalah untuk beritahu semua mengenai majlis yang bakal diadakan dan dia tidak sangka ramai yang perbesarkan mengenai gurauan sponsor tersebut.

Niat saya hanyalah untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan..Tak disangka banyak admin di page2 membesarkan isu sponsor sahaja..Itu yang dihighlightkan”

Sponsored

Tambahnya lagi jika betul mahukan ada tajaan untuk majlis itu dia sudah war-warkan mengenainya sejak sebulan yang lalu dan sekali lagi dia memohon maaf mengenai perkara itu.

Kalau diikutkan tinggal berapa hari je lagi..Jika betul saya nak sponsor saya da update sebulan lepas..maaf sekali lagi diatas kesalahpahaman semua…”

Berikut adalah penjelasan penuh Abang Viva berkenaan perihal gurauan minta sponsor ini yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya:

Harapnya penjelasan mengenai isu gurauan sponsor ini dapat menjernihkan keadaan.