Pelakon, Puteri Sarah Liyana nampaknya semakin aktif dalam kerjayanya sebagai pelakon dan model. Selebriti berusia 37 tahun ini juga sering menjadi sorotan ramai di media sosial apabila sejak tular kisahnya membuatkan dia menerima sokongan tidak kira peminat, netizen dan rakan selebriti.
Apatah lagi, Puteri Sarah juga kini aktif berkongsikan perkembangan kerjayanya serta anak-anaknya, Syaikul dan Sumayyah di ruangan Instagram peribadinya yang kini memiliki 1.8 juta pengikut.
Walau bagaimanapun, dalam perkongsian Puteri Sarah baru-baru ini dia menerima ribuan komen selepas memuat naik foto dia memakai baju serba pink yang mana dalam pada masa sama foto OOTD dirinya ini membuatkan ramai terpegun melihat kecantikan Puteri Sarah.
Perkongsian Puteri Sarah itu nampaknya dihujani ribuan komen yang mana kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu bukan sahaja menjadi bualan malah tentang kepandaian keluarganya juga mencuri tumpuan warganet.
‘Hehe you and family bukan kaleng-kaleng ye, kakak doktor… bapak financial consultant travel… dah lawa, humble, keluarga have-have’
‘Lawanya adik Sarah ni, beruntungnya sapa yang dapat dia ni’
‘Cantik sangat. Nampak lebih muda bila you pakai kaler macam ni, sebab you putih’
Nampaknya sekali lagi Puteri Sarah menerima pujian bahawa wajahnya itu kelihatan sama dengan pelakon terkenal, Angelina Jolie dan terdahulu dia dikatakan ramai mempunyai iras dengan selebriti terbabit sehingga tular di media sosial.
‘Gambar pertama tu sumpah lawa gila! Macam Angelina Jolie sikit-sikit’