Ramai Baru Tahu Rupanya Ira Kazar Pernah Berlakon, “Oo Pelakon Juga Ke”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi telah menjadi bualan hangat ramai. Namanya dipetik ramai selepas bernikah dengan Syamsul Yusof dan sekaligus menjadikan Ira Kazar sebagai isteri kedua pengarah tersohor tersebut.

Bagaimanapun mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Ira Kazar ini. Wanita berusia 28 tahun ini adalah pempengaruh media sosial dan namanya menjadi perhatian kerana didakwa muncul sebagai orang ketiga dalam rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Sponsored

Terbaharu beberapa video tular di media sosial dengan klip yang memaparkan Ira Kazar pernah berlakon. Video yang tular itu membuatkan ramai tak percaya Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin pernah berlakon.

Berikut adalah beberapa perkongsian klip video dengan paparan Ira Kazar pernah berlakon yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok ini:

Sponsored
@busrahamani

Tiba2 tgh tgok drama ni … Eh..ehh…ira kazar 🤣🤣🤣 #irakazar

♬ Better When I’m Dancin’ – Meghan Trainor

Tak sangka Ira Kazar ini juga ada bakat berlakon dan drama yang dibintanginya ini turut ada Ain Edruce! Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tidak sangka Ira Kazar ini pernah menjadi pelakon.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian klip lakonan isteri kedua Syamsul Yusof berkenaan:

Sponsored

“Patut la Shera hari tu tak ley kata pa…Penah berlakon sekali”

“Tak tau pun dia berlakon”

“Aku cuba fikir positif yang ni dia cantik. Tapi tak boleh wehh… Dah habis positif da ni”

“Sesuai pulak ayat Ain tu…’Bawak perempuan tu kat sini'”

SumberTikTok