“Kecik-kecik dah cantik”- Anak Azzam Sham & Sheryl tarik perhatian ramai

Sponsored

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie menarik tumpuan ramai dengan perkongsian terbaharu mereka di media sosial milik kedua-duanya apabila dikongsikan beberapa foto anak sulung mereka. Sheryl Shazwanie selamat melahirkan cahaya mata pertama pada akhir November lalu.

Sekadar info, Azzam Sham membuatkan ramai tumpang bahagia apabila dia disatukan dengan Sheryl Shazwanie pada 1 Januari lalu manakala usia muda Azzam Sham, 25, dan isterinya, 23, tidak menjadi penghalang untuk kedua-duanya mendirikan rumah tangga selepas mengenali satu sama lain.

Sponsored

Semakin bahagia dengan cahaya mata pertama

Pasangan penyanyi ini semakin bahagia pula dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka itu apabila hari ini genap sebulan usianya. Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie memberikan nama buat anak perempuan mereka, Azzalea Safiyya yang mana pasangan ini baru sahaja memperkenalkannya kepada umum di media sosial milik mereka.

Sponsored

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie juga memuat naik dua keping foto Azzalea Safiyya disamping menjelaskan maksud nama yang dipilih iaitu Azzalea bermaksud kekal abadi manakala Safiyya pula yang bersih dan jujur.

Walau bagaimanapun selepas berkongsikan foto-foto tersebut, anak mereka dengan pantas dihujani komen pujian apabila Azzalea Safiyya dalam foto photoshoot itu begitu comel dengan gayanya.

Sponsored

‘Comelnya dia. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah…’

Azzam Sham

‘Comel nya dia tuuu’

‘Comel nya Sheryl junior’