Keluar Dengan Anak Shuib, Netizen Makin Suka Dengan Watie, “Dia Memang Suka Budak-Budak…”

Sponsored

Pasangan Shuib dan Watie kini sedang menghitung hari untuk menanti hari bahagia mereka dan dijangka akan mendirikan rumah tangga pada bulan Jun nanti. Tidak lagi berselindung mengenai status hubungan mereka, kedua-duanya juga semakin terbuka memuat naik perkongsian di media sosial.

Macam perkongsian terbaru dari Watie di mana dia memuat naik videonya berbuka puasa bersama anak perempuan Shuib, Talita. Di dalam video tersebut, kelihatan Watie dan Talita berjalan-jalan di dalam sebuah restoran yang menjadi lokasi mereka berbuka puasa.

Sponsored

Perkongsian itu juga turut meraih perhatian Shuib yang sempat meninggalkan komen dan memuji penampilan Watie dan anaknya sebagai cantik. Komen yang ditinggalkan oleh Shuib ini turut membuatkan ramai yang teruja melihatnya malah pelawak itu juga sering kali meninggalkan komen di akaun Instagram Watie.

Meninjau di ruangan komen, netizen mengatakan mereka sekarang semakin suka melihat Watie berbeza sewaktu awal perkenalannya bersama Shuib. Malah ujar netizen, Watie dilihat sebagai seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan sering meluangkan masa bersama anak-anak Shuib.

Sponsored

“Makin lama makin minat dengan Watie ni. Semoga satu hari nanti Watie pasti disayangi ramai.”

“Watie ni aku follow dia dari dia freehair, dia memang suka budak-budak. Dia suka ngasuh anak buah dia.”

Sponsored

Sekadar info, sebelum ini ramai yang tidak merestui hubungan Shuib dan Watie sehinggakan wanita itu teruk menerima kecaman di media sosial. Sehinggakan apa sahaja yang dimuat naik oleh Watie di media sosial akan menjadi perhatian dan perbalahan dalam kalangan netizen terutamanya peminat Shuib.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram