Baru-baru ini kecoh mengenai isu pergaduhan yang berlaku di antara pelakon Yana Samsudin dan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri. Semuanya gara-gara insiden pasu bernilai RM400,000 milik usahawan itu yang dikatakan pecah semasa sesi penggambaran di kediamannya.
Setelah lama mendiamkan diri, Aliff Syukri akhirnya tampil membuat penjelasan dan mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku. Menurutnya, insiden pasu pecah itu sebenarnya hanyalah satu ‘prank’ yang dibuat kepada Yana Samsudin untuk sebuah program terbaru di Astro.
‘Prank’ untuk Yana Samsudin
Katanya lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai tetamu jemputan untuk ‘memerangkap’ Yana selaku hos rancangan tersebut. Difahamkan, ‘prank’ yang dirancang ini juga telah dimaklumkan kepada suami Yana yang turut sama berlakon untuk mengenakan isterinya itu.
“Ini saya ulas pasal pasu pecah. Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tetapi penghinaan netizen kat saya melampau. Sedih saya awak. Ok untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada marketing mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku.”
Dalam masa yang sama, usahawan itu turut meluahkan rasa terkilan apabila dia menerima kecaman teruk dari netizen susulan isu pergaduhan tersebut. Jelasnya, itu bukanlah satu marketing dari mana-mana pihak malah tiada pergaduhan yang tercetus di antara dia dan suami Yana Samsudin.
Di dalam video terbaru yang dimuat naik itu, kelihatan Yana Samsudin yang terkejut apabila pasu tersebut pecah di lantai dan kemudian mencetuskan pergaduhan di antara usahawan itu dan suaminya. Namun mereka akhirnya memberitahu kepada pelakon itu ia adalah ‘prank’ semata-mata di penghujung video.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.