View Chin Luah Hasrat Mahu Peluk Islam, Bersedia Untuk Kahwin Dengan Mira

Sponsored

Pempengaruh Tik Tok, View Chin meluahkan hasratnya untuk memeluk agama Islam dan bakal mengahwini rakan sekerjanya, Amirah Aqilah atau Mira. Terdahulu, bekas isteri kepada View Chin mendedahkan mengenai hubungan sulit yang berlaku di antara kedua-dua mereka.

View Chin berkongsikan mengenai perkara itu di dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo baru-baru ini. Ujarnya, dia kini sedang mendekatkan diri dan mendalami agama Islam dan berniat untuk ‘menghalalkan’ Mira namun masih lagi menunggu masa yang sesuai.

Sponsored

“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.”

Tambah View Chin, dia sedar apa yang dilakukannya selama ini bersama Mira adalah salah dan mereka akan cuba memperbetulkan kembali semua perkara tersebut. Dalam masa yang sama, lelaki itu turut mengaku pernah pergi bercuti bersama Mira di Bali seperti yang didakwa oleh bekas isterinya.

Sponsored

“Ketika itu saya sangat stress dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu.”

Memang rapat dengan Mira

Menurut pengasas View Fashion ini, dia sudah lama mempunyai niat untuk memperisterikan Mira semenjak mendapat tahu mengenai kecurangan bekas isterinya bersama lelaki lain. Malah ujarnya, Mira juga tahu mengenai isu kecurangan tersebut dan ugutan yang diberikan oleh Ah Moi kepadanya.

Sponsored

“Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya. Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira.”

Jelasnya, buat masa ini Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana masih lagi trauma dengan apa yang berlaku di mana keluarganya juga turut sama terpalit. Difahamkan, View Chin belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya namun akan melakukannya jika dihalang dari berjumpa dengan anak-anaknya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo