Kemunculan Si Cilik Di Persembahan Siti Sisters Curi Tumpuan, “Yg Kecik Geram Plak Tengok”

Sponsored

Rancangan realiti TV berjudul Famili Duo yang disiarkan di TV3 ini nampaknya semakin mendapat perhatian ramai. Dari barisan peserta yang mengandingkan pasangan adik-beradik mahupun sepupu ini menjadikan antara sebab rancangan tersebut unik dan berbeza dari yang lain.

Bagi minggu ini persembahan oleh pasangan adik-beradik iaitu Siti Saerah dan Siti Saida telah berjaya mencuri perhatian ramai. Dalam persembahan itu pasangan Siti Sisters mengetengahkan konsep retro dengan lagu Malam Pesta Muda Mudi.

Sponsored

Namun apa yang lebih menarik adalah kemunculan si cilik di persembahan Siti Sisters yang terlihat cukup rancak menari bersama pasangan peserta ini. Lagak dan gayanya yang selamba itu membuatkan penonton terhibur.

Berikut adalah perkongsian petikan rakaman kemunculan si cilik di persembahan Siti Sisters tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram TV3Malaysia:

Sponsored

Bagaimanapun menerusi perkongsian di TikTok Siti Saerah dipaparkan di balik tabir ketika rehearsal sebelum bersiaran langsung. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan oleh penyanyi tersebut:

@sitinursairahtarudin

kenapa mak ida cantik sangat tu… nantikan di #familiduotv3 #familiduo #fyp #fypシ #sitisairah @Sitinorsaida❤️ Terima kasih @Rong Geng Entertainment

♬ bunyi asal – sitisairahtarudin – sitisairahtarudin

Masa sesi latihan pun dah comel sebegitu! Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang geram dengan aksi si cilik menari sakan di pentas berkenaan. Berikut antaranya:

Sponsored

“Adui comel cap ibu dan anak ni”

“Yang kecik geram plak tengok..Nape comey sangat2”

“Hahaha semalam best gila tengok tau! Tergelak2 comel sangat!”

“Berulang-ulang tengok haa..Comel nye lahai”