“Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis…”, Farid Kamil Akan Jawab Semua Fitnah Di Mahkamah

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story di mana dia mendedahkan mengenai Farid Kamil yang pernah menengking dan mengurung anak perempuan mereka. Pendedahan ini dibuat susulan temu bual Farid yang meminta Diana untuk tidak memanjangkan isu di antara mereka.

Susulan pendedahan dari pihak Diana ini, Farid Kamil telah tampil menafikan dakwaan yang dikongsikan oleh isterinya itu. Menurutnya, semua dakwaan yang dikatakan adalah satu fitnah dan rekaan semata-mata malah ianya bercanggah dari laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.

Sponsored

“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat.”

Akan dibangkitkan di mahkamah

Tambah Farid, dia akan menjelaskan segala tuduhan yang dibangkitkan oleh Diana ini dan akan diperdengarkan semasa perbicaraan di mahkamah kelak. Farid memuat naik hantaran tersebut di Instagram Story selepas Diana mendakwa insiden ‘petik cili’ bukanlah puncanya meminta cerai.

Sponsored

“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu akan saya kemukakan dan akan diperdengarkan di mahkamah.”

Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya pernah melakukan penderaan terhadap anak mereka, Aurora sehingga membuatkan kanak-kanak itu trauma sehingga sekarang. Diana mendakwa Farid telah menengking dan mengurung anaknya di dalam bilik gara-gara insiden dia memetik pokok cili di rumah jiran.

Sponsored

Selain itu, Diana turut membuat pendedahan mengatakan Farid sudah empat bulan tidak membayar nafkah malah perbelanjaan semasa mereka sekeluarga mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun lalu juga ditanggung oleh Diana sepenuhnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram