“Kami sendiri terkejut…”- Video bertengkar tular, Adam Lee akhirnya bersuara

Sponsored

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang menyebabkan pasangan pelakon popular, Adam Lee dan Sweet Qismina menjadi perbualan di media sosial. Video berkenaan memaparkan pertengkaran dipercayai Adam Lee dengan seorang lelaki.

Namun begitu, pasangan ini akhirnya bersuara dengan isu tersebut. Ujar Adam Lee berkenaan video yang menjadi viral di media sosial itu dia dan isteri tidak ada kena mengena dengan marketing yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Sponsored

“Saya ditugaskan untuk prank isteri saya dalam sebuah program dan tidak ada kata setuju untuk dikeluarkan sebagai marketing purpose.” Katanya yang juga mengakui dia terkejut dengan apa yang berlaku.

Menerusi Instagram, pasangan berkenaan meminta maaf jika ia telah menjadi perbualan sehingga ada yang membuat andaian negatif. “For those yang mengenali kami juga tahu yang kami tidak akan promosikan sesuatu dengan cara begitu. Itu bukan kami, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.” Tambahnya.

Sponsored

Dalam pada itu, video yang dikeluarkan selepas pengambaran jadi mereka dikatakan tidak tahu langsung tentang apa yang terjadi. Pasangan ini juga berharap tiada lagi spekulasi berkenaan video prank tersebut.

“Video itu pula dikeluarkan selepas pengambaran, jadi kami tidak tahu langsung tentang apa yang terjadi. Kami berharap tiada lagi spekulasi berkenaan video prank tersebut. Yang mana boleh delete atau betulkan balik kenyataan, please do so.”

Sponsored
Adam lee
SumberAdam Lee