“Tengok dari jauh pun tahu dia”- Kelibat Imran Bard jadi model berjaya ‘tawan’ hati ramai

Sponsored

Pempengaruh terkenal, Imran Bard bukanlah asing lagi bagi pengguna media sosial. Dia yang mulai mendapat perhatian di YouTube dengan gelagat memasaknya lalu memberikan nasihat dengan gayanya tersendiri mencetuskan dia antara personaliti media sosial disukai ramai.

Malah kelebihannya yang boleh membuatkan warganet terhibur namun dalam pada masa sama ramai juga melihat dia boleh menjadi model yang unik di Malaysia menyebabkan Imran Bard sering menjadi sorotan warganet.

Sponsored

Sepertimana terdapat satu rakaman video yang tular ini mencetuskan Imran Bard begitu mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di media sosial apabila ramai yang teruja kerana melihat kelibat dirinya yang menjadi model bagi satu jenama pakaian sempena hari raya nanti.

Dalam rakaman video ini menunjukkan beberapa model yang mengayakan pakaian mereka di atas pentas namun disebabkan aura Imran Bard menyebabkan kelibat dirinya yang jauh sahaja sudah dikenali ramai. Sebelum ini, dia menjadi model bagi satu jenama terkenal dan ia membuatkan Imran Bard mendapat sokongan ramai menjadi model terkenal Malaysia.

Sponsored

Muatnaik dikongsikan itu bagaimanapun menerusi ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi oleh warganet yang suka melihat aura dirinya apabila menjadi model.

‘Lee Kwang Soo Malaysia’

Sponsored

‘Idola kita la’

‘Hihi, tengok dari jauh pun tahu dia. Tu keistimewaan Allah bagi pada dia’

‘Aku perati dia sorang ja’