Kes Penyondol Berleluasa, Isteri Nabil Ahmad Bagi Pesanan Pada Suami, “Bini Dah Cukup Elok, Apa Lagi Awak Nak…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes melibatkan orang ketiga atau penyondol yang berlaku dalam kalangan selebriti dan juga masyarakat biasa. Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad tampil memberikan pandangannya mengenai isu yang semakin berleluasa buat masa ini.

Nazirah Ayub berkata isu yang sedang hangat berlaku itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka sebagai pasangan suami isteri. Namun dia dan suami sentiasa mengambil pengajaran di atas apa yang terjadi dan berhati-hati dalam setiap percakapan.

Sponsored

“Pada pandangan peribadi saya, kejadian tersebut jika mahu terjadi tetap akan terjadi juga. Tidak boleh cakap nak berhati-hati, jaga macam mana pun seperti perut dia lah itu ini, kalau ingin berlaku tetap Allah kata berlaku.”

Selain itu, Zira mendedahkan dia dan Nabil sentiasa berkongsikan rutin harian dan lokasi ketika berada di luar rumah untuk bekerja. Ia sedikit sebanyak menguatkan kepercayaan di antara mereka sebagai suami isteri selain masing-masing memberikan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sponsored

“Kalau nak curang dia rugilah, saya okay saja. Bini awak dah cukup elok dengan tiga orang anak perempuan, apa lagi awak nak.”

Terdahulu, Nabil Ahmad mendedahkan isu rumah tangga yang melanda rakan-rakan selebriti pada ketika ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada isterinya. Sekadar info, Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak