Baru-baru ini, pelakon Fahad Iman mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan persalinan baju Melayu yang dipakainya semasa Hari Raya Aidilfitri. Menerusi video yang dimuat naik itu, Fahad dilihat mengenakan baju Melayu jenis ‘crop top’ berwarna hitam.
Berbeza dengan potongan baju Melayu yang biasa, persalinan ‘crop top’ yang digayakan oleh Fahad ini turut menampakkan sedikit bahagian perutnya. Perkongsian video tersebut yang dimuat naik di Tik Tok kemudiannya menjadi bualan ramai dengan sejuta tontonan setakat ini.
Kebanyakan netizen memberikan kritikan dan kecaman dengan gaya ‘crop top’ yang dibuat pada busana baju Melayu ini. Malah ada juga yang bertanyakan sama ada ahli keluarganya tidak mempersoalkan fesyen pelik yang digayakan Fahad semasa hari raya pertama ini.
Namun menurut Fahad, ahli keluarganya langsung tidak memberikan reaksi pelik dan tidak kisah dengan baju Melayu yang dipakainya ini. Ujarnya, dia bersyukur tiada ahli keluarganya yang bersikap toksik seperti reaksi yang diterimanya di platform Tik Tok.
“Haha nasib baik saya tak ada family member yang toxic. Ni ha, first day raya dekat rumah nenek dengan saudara mara. Semua relax dan chill je. Dak-dak Tik Tok je yang over, mengelabah lebih.”
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet tentang penampilan baju Melayu ‘crop top’ yang digayakan Fahad ini. Namun ada juga yang memuji fesyen unik ini yang kelihatan menarik serta memberikan nafas baru kepada baju tradisional itu.
“Pada mata saya nampak ok je yang kain tu ibarat macam sampin jugak cuma baju tu macam singkat sikit lah.”
“Bukan apa bang hilang kemelayuan baju tu nanti.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.