Naim Daniel Cedera Main Mercun Bola, Rakan-Rakan Artis Bagi Nasihat, “Kan Dah Kata Jangan Main…”

Sponsored

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel melalui detik yang mencemaskan apabila dia mengalami kecederaan semasa bermain mercun di sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Naim dilihat bermain dengan mercun bola di kampung halamannya.

Namun dia kemudiannya mengalami kecederaan di bahagian dahi, kuku dan tangan sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik yang berhampiran. Turut dapat dilihat, tangan dan dahinya yang berdarah dan luka akibat dari letupan mercun yang dimainnya itu.

Sponsored

“Jangan main mercun bola please.”

Di dalam hantaran tersebut, Naim turut memberikan peringatan kepada orang ramai untuk tidak bermain dengan mercun bola. Difahamkan, Naim mengalami kecederaan di mana kuku jarinya pecah akibat kejadian tersebut dan telah mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran.

Sponsored

Walaupun berada dalam keadaan yang sakit ditambah pula dengan kecederaan itu, Naim dilihat masih lagi mampu tersenyum dan ketawa malah siap sambung bermain dengan bunga api selepas pulang mendapatkan rawatan dari klinik.

Perkongsian dari Naim Daniel ini turut menerima perhatian ramai termasuklah rakan-rakan artis yang meluahkan rasa risau dengan keadaannya. Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Naim untuk berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

Sponsored

“Sigh, kan dah kata jangan main mercun kalau takde I.”

“Elok nurse dressing tadi tekan je lagi luka awak tu.”

Kebanyakan netizen turut mendoakan penyanyi itu diberikan kesembuhan segera dan berharap Naim dapat mengambil iktibar di atas apa yang terjadi. Malah ramai juga yang berasa ‘geram’ melihat kenakalan penyanyi ini yang sempat bermain bunga api semula selepas kejadian tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram