Kongsi Kenangan Beli ‘Perfume’ Dengan Arwah Ibu, Anak Sulung Siti Sarah Buat Ramai Sebak, “Rindu Seorang Anak…”

Sponsored

Pemergian penyanyi terkenal, allahyarham Siti Sarah Raissuddin antara pemergian yang cukup terkesan buat semua rakyat Malaysia. Walaupun beberapa tahun sudah berlalu, ramai yang masih teringat-ingat dan berasa sayu dengan ketiadaan isteri kepada pelawak Shuib ini.

Baru-baru ini, satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram arwah Siti Sarah telah mencuri tumpuan ramai. Di dalam video yang dikongsikan itu, anak sulung kepada pasangan Siti Sarah dan Shuib ini iaitu Uwais berkongsikan kenangan bersama ibunya satu ketika dahulu.

Sponsored

Ujar Uwais, dia teringat pada kenangan semasa dia keluar bersama ibunya itu di mana arwah terhidu bau wangian yang dipakai oleh seorang wanita. Oleh kerana baunya yang menarik, allahyarham telah berpatah semula dan bertanyakan kepada empunya badan tentang jenama wangian apakah yang digunakannya.

Uwais memberitahu arwah ibunya kemudian membeli jenama wangian yang sama untuk kegunaannya. Di dalam video yang sama, Uwais turut menunjukkan botol wangian milik allahyarham Siti Sarah yang masih tidak habis digunakan sebelum dia dilihat menghidunya.

Sponsored

Netizen sebak

Perkongsian video itu turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak mendengar cerita yang dikongsikan oleh Uwais ini. Malah warganet menganggap pastinya Uwais merindukan arwah ibunya dan menyimpan wangian tersebut untuk melepaskan rindunya.

“Dia yang bercerita, kita pulak sebak. Rindu seorang anak terhadap ibunya, hanya kenangan dapat diceritakan…”

Sponsored

“Nampak riak cerita tu dia terlalu rindukan ibu dia dengan kenangan yang tercipta bersama ibu…”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram