Kini dengan menggunakan media sosial, kita dapat melihat ramai rupanya pengguna memiliki wajah seperti selebriti Malaysia, sehinggakan ada yang tertukar dan dikatakan seperti adik-beradik atau kembar yang mungkin terpisah.
Seperti baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar dapat berjumpa dengan seorang gadis bertudung yang ternyata viral di media sosial selepas orang ramai mengatakan mereka begitu seiras dan digelar sebagai Ba Satar.
Walau bagaimanapun belum lagi reda dengan kejutan peminat yang tergamam melihat persamaan kedua-duanya, ternyata ada lagi seorang yang mengundang orang ramai berkata dia adalah Ta Satar pula bagi kembar ketiga Alif Satar.
Menerusi rakaman video pelakon, Qasrina Karim memaparkan dia menunjukkan seorang lelaki dan apabila dia menunjukkan wajahnya dan tersenyum nampaknya ramai tertarik apabila dia juga dikatakan seiras dengan Alif Satar.
“Alif dah ada, Ba pun dah jumpa, so ni ‘Ta Satar’ ke apa??” tulisnya diruangan kapsyen yang mana video dimuat naik ini telah ditinggalkan ribuan tanda suka.
Tidak hanya itu selain merasa terhibur, warganet diruangan komen pula berkata akhirnya dapat berjumpa pula dengan kembar ketiga Alif Satar yang mungkin adalah Ta Satar.
“Next kita nak cari ‘sa satar’…”
“Dah jumpa 2 orang nak kena cari lagi 5”
“Ok semua orang dah boleh check orang sekeliling…”
“Alif, Ba dengan Ta dah ada, jom cari Sa”