Sampai bertambah, ini rupanya ramuan rahsia Kuetiau Goreng isteri Aaron Aziz

Sponsored

Baru-baru ini, nama isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz yang dikenali sebagai Diyana Halik juga dipetik selepas isu membabitkan suaminya dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Ini kerana sejak isteri Aaron Aziz bersuara mengenai isu tersebut, ramai yang meminta resepi rahsia Kuetiau Goreng air tangannya.

Terdahulu, Aaron Aziz ada memberitahu bahawa Syamsul Yusof ada datang berbincang tentang kerja dan filem terbaharu, jadi sebagai tetamu, Diyana Halik menghidangkan menu tersebut buat pengarah itu, disamping Aaron Aziz juga mendedahkan Syamsul Yusof cukup suka dengan hidangan itu sehingga bertambah.

Sponsored

Justeru itu, ramai yang tertanya-tanya resepi rahsia Kuetiau Goreng isteri Aaron Aziz dan nampaknya ia sekali lagi menjadi perbualan. Menerusi satu sesi live Diyana Halik, dia ternyata sempat berkongsikan bahan-bahan membuat menu tersebut selepas ramai meminta resepi.

“Kuetiau tu biasa jela. Pakai cili serbaguna Sufi, letak sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas tu makanan laut dan kicap ABC,” ujarnya menerusi durasi 6:11.

Sponsored

Umum diketahui, isu melibatkan Aaron Aziz dan Syamsul Yusof semakin reda baru-baru ini selepas pelakon popular watak Malik juga berkata tidak akan memberikan sebarang komen lagi bagi menjaga kesihatan mental keluarganya.

Pelakon, Aaron Aziz dan Diyana Halik mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003 dan hasil perkahwinan mereka itu, pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Sponsored