Seperti yang diketahui ramai, pelawak Shuib bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya iaitu Watie pada bulan Jun nanti. Terdahulu, status hubungan pasangan ini menjadi tanda tanya selepas ada yang mendakwa melihat Watie sering meluangkan masa bersama anak-anak pelawak itu.
Baru-baru ini pula, tular video yang dikongsikan di platform Tik Tok di mana Watie dilihat berkongsikan tips untuk menghadapi ujian dalam rumah tangga. Di dalam video tersebut, Watie berpendapat setiap perangai yang ditunjukkan oleh pasangan adalah ujian yang diberikan oleh Allah.
“Kita dapat pasangan yang buat perangai, kita kena fikir macam ni, apa pun yang dia buat perangai, Allah yang gerakkan hati dia.”
“Bila kita fikir macam tu kita takkan marah sebab Allah yang tentukan perangai dia macam tu untuk tengok kita sabar tak dengan dugaan yang Allah bagi.”
Tambahnya lagi, lebih mudah sekiranya kita menerima perangai pasangan itu sebagai satu bentuk ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Malah dia turut mempersiapkan dirinya untuk menghadapi dugaan dari pasangan apabila tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga kelak.
Walau bagaimanapun, perkongsian video itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada juga yang kurang bersetuju dengan pendapatnya. Malah ada yang mengatakan Watie hanya pandai berkata-kata memandangkan dia masih lagi belum mendirikan rumah tangga.
“Memang belum kahwin semua indah.”
“Kahwin dulu baru tahu langit rendah ke tinggi.”
“Semua orang boleh cakap macam tu.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.