Zulin Aziz Selar Tuduhan Isu Cerai Dikatakan Marketing, “Saya Mohon Hanya Doa..”

Sponsored

Pagi ini industri hiburan dikejutkan dengan satu muat naik dari pelakon dan pengacara, Zulin Aziz yang memberikan bayangan akan bercerai. Muat naik dengan kapsyen berbunyi seperti berikut telah menjadi tanda tanya ramai;

“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik2 untuk masa akan datang. InshaAllah,masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care.”

Sponsored

Permulaan yang sangat indah

Disebabkan muat naik ini ramai yang mula bertanya kepada selebriti berkenaan apakah yang berlaku. Bagaimanapun di Instagram Stories, Zulin Aziz meluahkan segalanya adalah permulaan yang sangat indah dan berharap akan berakhir dengan baik.

Selain dari itu, Zulin Aziz juga memohon orang ramai untuk mendoakan mereka dan semoga semuanya dipermudahkan.

Sponsored

Zulin mohon orang ramai doakan

Tambahnya lagi, Zulin turut meminta maaf kerana tidak dapat berikan sebarang penjelasan berkaitan perihal muat naiknya sebelum ini.

“Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik di masa depan dengan haluan masing2.

Sponsored

“Tidak ada apa yang mahu dikongsi. Semoga Allah jaga rapat aib kami”, tulis Zulin Aziz mengenai isu cerai yang dihebohkan kini.

Bukan content marketing

Selain dari itu Zulin Aziz turut menegaskan, isu cerai dan apa yang berlaku ini bukanlah content marketing, prank atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Malah Zulin turut mengakui benda-benda sebegini bukanlah boleh dibawa bergurau.

“Saya mohon doa hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup2lah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik2 dari korang”