“Korang nak kecam aku kecam jelah. Tapi tolong jangan kecam Hawa…”- Zizan Razak

Sponsored

Selepas muatnaik pelawak terkenal, Zizan Razak di Instagram peribadinya yang memaparkan sekeping foto bersama pengacara, Hawa Rizwana mengundang pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sehinggakan Zizan Razak juga perlu tampil menjelaskan hal sebenar selepas muatnaik foto itu. Ini kerana gara-gara hantarannya ini juga dengan pantas tular di media sosial.

Sponsored

Hantaran tersebut yang disertakan dengan kapsyen, “Harap semua bertenang. Nanti kami akan war warkan. Kami janji,” itu sebenarnya kerana Zizan Razak dan Hawa Rizwana ingin berkongsikan sebuah karya lakonan mereka yang akan datang.

Zizan Razak bagaimanapun tampil dengan perkongsian foto dirinya dan Hawa Rizwana memakai baju sekolah pula dan mengatakan diruangan kapsyen, “Korang nak kecam aku kecam jelah. Tapi tolong jangan kecam Hawa…”

Sponsored

Zizan Razak dilihat meminta agar jangan di kecam Hawa Rizwana. Meskipun begitu, peminat dan rakan selebriti mendoakan yang terbaik buat mereka yang sebelum ini acap kali digosipkan bersama.

‘Orang cakap. Jika wajahnya ada iras-iras, jodohnya kuat’

Sponsored
Zizan Razak

Selain itu, nampaknya lengan baju yang memaparkan badan sado Zizan Razak juga menarik tumpuan peminat dan rakan selebriti apabila dia dilihat berbeza daripada sebelum ini.

‘Nak carik doh lengan baju zang. Kelahh’

‘Biceps besar tu. Ketat lengan baju tuu…’

‘Okay sepadan doh tu.Ejas jadi lah bermula baju sekolah berakhir baju pengantin’