Giliran Intan Ladyana & Shaheizy Sam pula buat netizen teringat ‘Adnan Sempit’

Sponsored

Buat peminat filem tempatan, Adnan Sempit merupakan salah satu siri filem yang mencetuskan orang ramai tidak terlepas daripada mengikutinya. Sekitar tahun 2010, boleh dikatakan filem ini berjaya mencetuskan fenomena dengan gandingan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.

Jadi melihatkan pula satu iklan yang mengandingkan kedua-dua pelakon tersebut selepas sekian lama mencetuskan orang ramai teringat akan filem Adnan Sempit. Menerusi video yang tular memaparkan kereta Intan Ladyana rosak namun disapa oleh seorang jejaka bermotor.

Sponsored

Walau bagaimanapun, dalam pada kejadian itu sempat pula Shaheizy Sam berdialog yang mengundang peminat dan netizen teringat akan babak dalam filem Adnan Sempit. Ternyata bukan satu filem, selain Adnan Sempit netizen juga melihatkan video tersebut mengabungkan filem lakonan Shaheizy Sam yang lain seperti Bini Biniku Gangster.

Selepas video dikongsikan pula, kedua-dua pelakon ini juga menjadi perbualan diruangan komen selain menerima lebih 100,000 ribu tanda suka.

Sponsored

Ternyata selepas filem Instabul Aku Datang, pihak iklan tersebut membawakan pula pelakon gandingan Adnan Sempit itu yang dalam pada masa sama membuatkan orang ramai membuat pemintaan untuk membawa beberapa pelakon lain juga dalam iklan mereka.

Adnan Sempit, Bini Biniku Ganster, Polis Evo

Sponsored

Haritu Istanbul Aku Datang kalini Adnan Sempit, power Pakmak Western

Along Cham dengan Yana Samsudin pulak laa

Pak Mat ni kan dia punya marketing semua buat comeback cerita lama