Lama Bercuti Untuk Pulihkan Diri, Kesihatan Mental Andi Bernadee Terjejas

Sponsored

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee mendakwa bahawa dia mengalami masalah kesihatan mental yang disebabkan oleh penipuan atau pecah amanah oleh individu yang dipercayai, dan terkena buatan orang sebelum ini.

Menurut sumber, penyanyi berusia 31 tahun itu menceritakan kesukaran untuk ke set pengambaran disebabkan masalah yang menimpamya itu memberi kesan yang ketara dalam hidupnya.

Sponsored

Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile mengambil keputusan untuk kurang aktif di media sosial selain banyak menolak tawaran kerja.

Lama Bercuti Untuk Pulihkan Diri, Kesihatan Mental Andi Bernadee Terjejas
Kredit foto: IG Andi Bernadee

“Apa yang berlaku sebelum ini memberi tamparan hebat buat saya terutama kepada masalah kesihatan mental.

Sponsored

“Ia memberi kesan sangat ketara sehingga sekarang ini kalau masuk ke set penggambaran drama saya susah nak hafal skrip.

Dipercayai, keadaan kesihatan mental pelantun lagu Donde itu semakin hampir pulih dan mengatakan dia masih berusaha dengan perubatan alternatif untuk proses penyembuhan. Dalam pada itu, menurutnya, sepanjang tempoh penyembuhan atau ‘healing’, dia kerap bercuti di Jepun.

Sponsored

Andi ditemui ketika sidang media majlis pelancaran lagu rayanya kolaborasi dengan Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

SumbermStar