Pernah Gaduh Dalam Rumah Tangga, Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Hamil

Sponsored

Pelakon dan penyanyi cantik, Elizabeth Tan menyatakan dia tidak sabar untuk hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tersayang, Dr Siew Jim.

Memetik laporan, Elizabeth Tan atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei memaklumkan dia sudah bersedia untuk bergelar ibu walaupun hakikatnya dia masih tinggal berjauhan atau berasingan dengan suaminya.

Sponsored

“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar. Saya dah suami masih tinggal berasingan. Tapi, mungkin dalam seminggu, empat lima hari dia akan datang rumah saya,” katanya menurut sumber.

“Tapi, saya dah cakap dengan suami kalau saya dah hamil nanti, dia kenalah tinggal bersama dengan saya. Takkan saya nak jaga anak seorang diri (ketawa). Macam tak logik benda itu,” katanya.

Sponsored

Bahkan, penyanyi berusia 29 tahun itu turut mengakui bimbang kerana banyak kes bercerai antara selebriti kini berpunca daripada orang ketiga.

Dalam pada itu, dia juga mengakui pernah bergaduh kerana perselisihan faham dan mengalami pasang surut dalam kehidupan rumah tangganya bersama suami.

Sponsored

“Suami saya kerja di hospital. Dia jumpa ramai orang setiap hari. Kadang-kadang, apabila saya telefon dia tak angkap, saya mesej tak berbalas, saya pun jadi ‘insecure’ (berprasangka).

“Tapi, setakat ini, rasanya tak ada isu . Saya pula tiadalah nak pantau dia kat mana 24 jam. Kalau saya perangai begitu, saya rasa saya kena cerai nanti (tertawa) sebab dia memang tak layan benda macam itu,” ujarnyanya lagi.

Pernah Gaduh Dalam Rumah Tangga, Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Hamil
Sumber: Instagram

Sebelum ini, Elizabeth pernah mendedahkan suaminya diganggu oleh orang ketiga sewaktu awal perkahwinan mereka. Dr Siew Jim pernah mendapat mesej Instagram daripada seorang wanita yang memintanya bertemu pada pukul 3 pagi. Namun, suaminya memaklumkan Elizabeth tentang situasi itu.

Untuk makluman, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr Siew Jim pada Mac 2021 bertempat di sebuah Gereja, Gombak.

SumberKosmo