“Macam Mana Nak Berbincang, Dah Setahun Kena Block”, Puteri Sarah Jawab Satu Persatu Tuduhan Syamsul Yusof

Sponsored

Semalam kecoh satu Malaysia apabila Syamsul Yusof tampil membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar menjadikan anak kepada pelakon senior itu sebagai isteri keduanya.

Bagaimanapun dalam video pengakuan tersebut juga Syamsul Yusof meminta isteri pertamanya, Puteri Sarah untuk pulang ke rumah supaya mereka boleh berbincang mengenai segala masalah yang timbul.

Sponsored

Syamsul minta hentikan buka aib

Malah dalam rakaman tersebut Syamsul Yusof juga berkata supaya hentikan dari membuka aib di sosial media serta membawa pulang anak-anak yang dibawa merata-rata tanpa meminta izin.

Disebabkan itu, Puteri Sarah jawab satu persatu tuduhan Syamsul Yusof mengenai dirinya itu menerusi satu video balas yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya malam tadi.

Sponsored

Dalam video Puteri Sarah jawab mengenai dakwaan terhadapnya itu, dia berpendapat beberapa fakta yang keluar dari kenyataan Syamsul Yusof dalam rakaman yang tular baru-baru ini.

Akhirnya mengaku…

Malah Puteri Sarah juga sempat mengucapkan tahniah kepada suami akhirnya mengaku juga mengenai tuduhan yang diasak beberapa kali sebelum ini.

Sponsored

Menurut Puteri Sarah kisah hubungan Syamsul Yusof dengan Ira Kazar itu sudah berlaku dari 4 tahun yang lalu. Dia juga pernah meminta pengarah Mat Kilau ini untuk bernikah dengan perempuan berkenaan bagi mengelak dari bersubahat maksiat mereka.

Awalnya kata tak nak nikah

Namun begitu suaminya itu menjawab tidak mahu untuk bernikah dengan wanita berkenaan. Malah Syamsul Yusof turut menjawab dengan jawapan sama kepada ibu dan bapanya.

“You kata baliklah berbincang dengan you. I just pelik after 4 years benda ni jadi, banyak kali I tanya u nak kahwin dengan perempuan tu ke tak, tapi you kata tak nak kahwin dengan dia. You juga berikan jawapan sama pada mak bapak you.

Dah setahun kena block

Puteri Sarah juga mendakwa nombor telefon miliknya sudah kena ‘block’ dengan Syamsul Yusof sejak setahun yang lalu.

“Macam mana I nak berbincang dengan you. You block I dah setahun. Malah sehingga saat video ini dirakamkan I masih kena block.

“You left us”

Pelakon dan model ini juga turut menegaskan sebab dia terpaksa tinggal dengan ibu bapa merta serta ibubapanya sendiri.

I kena duduk dengan parents you dan parents I. You left us. I perlukan bantuan membesarkan anak-anak.”

Berikut adalah muat naik Puteri Sarah yang menjawab balas mengenai semua tuduhan yang dilemparkan oleh Syamsul Yusof kepada dirinya itu: