Selamba makan makanan di tangan anak, Eyra Hazali kena ‘tumbuk’ dan jeling cuit hati ramai

Sponsored

Apabila sudah mempunyai anak-anak, tentu masa seorang wanita bergelar ibu akan banyak dihabiskan bersama mereka. Itulah juga dilakukan oleh pelakon, Eyra Hazali. Pelakon yang sedari kecil sudah dikenali ramai namanya ini sekarang bahagia dengan dua cahaya mata lelaki.

Eyra Hazali berkahwin dengan seorang pemain bola sepak, Haziq Nadzli pada 2019. Dia bagaimanapun kini semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata lelakinya yang diberi nama, Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Sponsored

Buat peminat anak selebriti tentu cukup kenal dengan anak pertama pelakon drama bersiri Mr.Grey ini, Hayder. Ternyata tidak hanya abangnya, kecomelan Endra juga mengundang ramai ‘geram’. Seperti dalam rakaman yang sekejap sahaja meraih perhatian ramai ini memaparkan Eyra Hazali mengusik Hayder yang sedang makan.

@eyrahazali21

Sekarang berebut makan dengan anak 🤣

♬ Funny – Gold-Tiger

“Sekarang berebut makan dengan anak,” kongsi pemilik akaun tersebut yang ternyata dalam pada masa sama mengundang orang ramai turut tertawa dengan gelagat anak kedua Eyra Hazali yang sempat ‘tumbuk’ dan jeling mamanya selepas makanannya diambil.

Sponsored

Malah kecomelan anak kedua Eyra Hazali tersebut membuatkan ramai ‘geram’ yang pandai ‘buat hal’ sedari kecil. Nampaknya lebih 80,000 tanda suka ditinggalkan warganet selepas menonton gelagat comel keluarga selebriti berkenaan.

‘Hahaha comel Endra, mama pun kuat betul nyakat…’

Sponsored

‘Hahaha tengok penumbuk tu…’

‘Ahhh comellll’

‘Amekaw, makan lagi makanan guwe’