Puteri Sarah join trend sesuai lakon watak apa, jawapan ‘penyondol’ buat ramai terhibur

Sponsored

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 nampaknya malam ini bakal menemui peminat yang mana terdapat ramai pelakon-pelakon hebat yang tercalon. Ada pelakon senior mahupun baharu yang berjaya memukau penonton dengan lakonan mereka.

Anugerah tersebut bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Malah kehangatan Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 semakin terasa apabila terdapat selebriti Malaysia yang join satu trend terkini yang mana pelakon, Puteri Sarah Liyana juga turut sertai.

Sponsored

Puteri Sarah join trend Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Trend terbaharu itu memaparkan ‘Muka kau sesuai berlakon watak,’ dimana terdapat pelbagai jenis watak yang akan terpilih mengikut kesesuaian wajah pengguna yang mana wataknya seperti Dato/Datin, Anak Ceo, watak antagonis, hati tisu, watak bibik dan beberapa lagi watak yang sering dilihat di kaca televisyen.

Sponsored

Namun begitu, orang ramai tercuit hati apabila Puteri Sarah begitu sporting dan hanya mampu tergelak kerana trend tersebut memilih mukanya sesuai berlakon watak penyondol.

“Apa eh??.” Tulis Puteri Sarah ringkas diruangan kapsyen dan tentu sahaja perkongsian Puteri Sarah ini menarik perhatian peminat dan netizen yang tidak pernah terlepas mengikuti perkembangannya yang kini aktif semula dalam dunia lakonan.

Sponsored

‘Ulang juga ni, suka tengok Ps…’

“Salah watak ni Sarah, g bagi kat dia tu’

‘PS kena ambil kursus lakonan dengan penyondol penyondol terbaik di luar sana…’

‘Suka tengok reaksi Sarah. Auto tergelak. Kihkih’