Lelaki Berang Juruwang Tutup Kaunter Tak Beritahu Awal Ditegur Netizen, “Play Victim Mamat Tu”

Sponsored

Bila bekerja perlu berhadapan dengan orang awam sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Apatah lagi lain orang bermacam ragamnya.

Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan situasi di sebuah kaunter bayaran di pasaraya telah menjadi perhatian ramai. Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik semula di Twitter dan telah menerima pelbagai reaksi netizen.

Sponsored

Dalam video tersebut diapaparkan seorang lelaki berang juruwang tutup kaunter pembayaran yang mana ibunya sedang beratur untuk membuat pembayaran. Pelanggan lelaki itu mendakwa juruwang berkenaan tidak memberitahu awal mengenai penutupan tersebut.

Malah turut kedengaran lelaki itu memberitahu juruwang berkenaan agak kurang ajar bercakap dengan pelanggan. Berikut adalah rakaman lelaki berang juruwang tutup kaunter pembayaran yang dikongsikan itu:

Sponsored

Lebih menjadi perhatian ramai apabila pelanggan tersebut turut mendakwa dia dan ibunya tidak dimaklumkan kaunter bayaran berkenaan akan ditutup. Malah tiada sebarang papan tanda kaunter tutup yang sepatutnya diletakkan jika mahu mengelakkan pelanggan beratur di situ.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen ada netizen yang menceritakan hal sebenar berlaku menyebabkan segelintir mengecam tindakan pelanggan lelaki berkenaan.

Sponsored

“Mak dia beratur pastu cashier tu dah kasitau n katanya mak dia nak stay situ juga…”

Namun begitu ada juga yang menyokong pelanggan lelaki berkenaan dan menuduh juruwang tersebut tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.

“Fikir logik je lah. Terang2 cashier salah kat situ. Nak tutup bagi tahu awal bukan buat bodoh senyap macam tu..”

Selain dari itu ada juga yang menyalahkan pelanggan lelaki ini yang membuat tindakan merakam dan menyebarkan video sebegini.

“Dalam video tak de pulak explain mende ni. Play victim mamat tu”

SumberTwitter