Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Iqbal Kongsi Cerita..Meremang!

Sponsored

Iqbal Zulkefli satu nama yang pernah menjadi sebutan ramai satu ketika dulu. Terpalit kontroversi dengan gosip mengatakan bercinta dengan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, sejak itu nama Iqbal terus terkenal di Malaysia.

Bagaimanapun, baru-baru ini Iqbal kongsi cerita pembantu rumah amal perbuatan syirik menyebabkan dia terpaksa batalkan kontrak dan pecat pekerjanya itu.

Sponsored

Dalam satu sesi temubual bersama wartawan mStar, Iqbal kongsi cerita pembantu rumahnya ada amalkan ilmu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah menurutnya pembantu rumah tersebut pernah menceritakan dia didampingi oleh ‘kakek’ yang sentiasa menemaninya. Selain dari itu, pembantu rumah itu turut akui akan menjalani upacara di kubur.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian Iqbal mengenai bekas pembantu rumahnya yang dikatakan agak pelik dan tidak normal:

@mstarmalaysia

Iqbal Zulkefli pecat bibik kerana amal perbuatan syirik, seram cakap sendirian dan berkelakuan pelik #beritaditiktok #viral #fyp

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Bulan 8 saya ambil, bulan 10 saya dah terminate. Kerjanya bagus tapi itulah ada satu perkara agak sulit sebab dia ada kepercayaan bomoh.

Sponsored

Setiap malam akan rendam macam tangkal dalam air. Lagi pelik bila dia selalu cakap sendiri, gelak sendiri. Saya rasa ini perkara yang saya tak boleh control.”

“Ada satu malam kakek akan datang melawat dia. Besor…Malah setiap tahun akan hadiri upacara di kubur..”

Tambah Iqbal lagi, setelah pembantu rumah amal perbuatan syirik itu tiada lagi di rumahnya, tiada sebarang perkara aneh dilalui olehnya.

SumbermStar