Leona Balik Malaysia Sambut Ramadan Bersama Keluarga, “Dia Ulang Alik Macam KL-Joho Je”

Sponsored

Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman dikenali sebagai Leona ini sekali lagi mencuri tumpuan. Manakan tidak, Leona balik Malaysia sambut Ramadan bersama keluarga.

Umum sedia tahu Leona kini sedang menyambung pelajaran di luar negara. Biarpun baru beberapa bulan lalu pulang ke Malaysia, kali ini Leona kembali untuk bersama keluarganya membuatkan netizen kagum dengannya yang berulang alik merentas benua bagaikan perjalanan pendek sahaja.

Sponsored

Menerusi perkongsian rakaman bapanya, Azhar Sulaiman dilihat ‘pening’ dengan Leona balik sambut Ramadan bersama keluarga. Malah Leona sempat memberitahu bapanya dalam rakaman itu yang dia mahu ke bazar Ramadan TTDI menaiki motosikal.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok oleh pelakon senior ini:

Sponsored
@theazharsulaiman

Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…

♬ original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Di ruangan kapsyen, Azhar Sulaiman menulis keluhan mengenai gelagat anaknya yang tidak boleh tinggal lama di United Kingdom (UK) dan sering pulang ke Malaysia.

“Mek Leona is back at home! Bengong betul tak leh lekat kat UK”, tulis Azhar Sulaiman di dalam rakaman tersebut.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kegigihan Leona ini. Malah ada juga netize mempertikaikan kos pergi balik Leona dari UK ke Malaysia yang pastinya menelan kos tinggi. Berikut antaranya:

“Leona kan ada Youtube Channel maybe dia guna duit yang dapat dari situ jugak…and she work also..Proud of her”

“Hahaha orang lain 3 tahun sekali baru balik. Dia sebulan 3 kali balik”

“Dia rindu suasana bazar ramadhan tu sebenarnya dan berbuka ramai2..Pergi mana2 tak kan sama dengan tempat sendiri..Rezeki keluarga dia mampu”

“Relax je yerk balik gitu je..Kita tiket bus pun simpan 2 bulan gaji..huhuhu”

Dalam perkembangan sama, Azhar Sulaiman menjelaskan Leona boleh ulang alik pulang UK dan Kuala Lumpur ikut sesuka hatinya kerana ada kerja dan pendapatan sendiri.