Lepas ditanya ramai, Hannah Delisha kongsi tentang tudung sarung dipakai dalam drama

Sponsored

Buat yang mengikuti drama terbaharu gandingan pelakon hebat, Shukri Yahaya dan Hannah Delisha berjudul Andai Itu Takdirnya tentu tidak pernah terlepas episod satu sehingga sekarang. Manakan tidak, debaran dinanti-nantikan penonton tentang konflik dialami watak-watak utama itu mengundang tanda tanya.

Apatah lagi, watak dilakonkan oleh Hannah Delisha sebagai Aleya juga dipuji ramai kerana berjaya memainkan peranannya sebagai isteri yang tidak lemah menghadapi seksaan suami lakonan Shukri Yahaya terhadapnya.

Sponsored

Berjaya bawa watak Aleya

Walau bagaimanapun, nampaknya selain lakonan ternyata kecantikan Hannah Delisha yang sering dipuji peminat turut menjadi tumpuan dalam drama tersebut. Dia yang sering dilihat memakai tudung sarung ketika membintangi drama Andai Itu Takdirnya ternyata mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Ujar Hannah Delisha dalam satu perkongsian terbaharunya menerusi Instagram mengatakan ramai yang bertanyakan tentang jenama tudung sarung dipakainya ketika membintangi watak Aleya. Tidak lokek berkongsi, Hannah Delisha memuat naik foto beserta jenama tudung tersebut.

“Ramai yang tanya Aleya pakai tudung sarung brand apa? I’m wearing @sigadistya. Happy shopping,” kata Hannah Delisha diruangan kapsyen yang ternyata jenama tudung tersebut merupakan milik isteri kepada pelakon drama tersebut sendiri iaitu Shukri Yahaya yang mana isterinya juga dikenali sebagai usahawan tudung, Tya Adnan.

Sponsored

‘Pakai tudung sarung pun still Barbie’

‘Cantik, kalau aku rupa mak cik doh’

‘Brand punya isteri abang Shukri Yahaya…’