Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu orang ketiga atau penyondol di dalam rumah tangga pasangan yang telah berkahwin. Bukan hanya dalam golongan selebriti malah ‘influencer’ terkenal juga turut terkena tempiasnya seperti isu seorang ‘influencer’ yang curang bersama pekerjanya sendiri.
Terpanggil dengan isu penyondol yang semakin menjadi-jadi, pengarah Michael Ang berkata imej penyondol yang ditonjolkan di dalam drama ternyata berbeza dari yang berlaku secara realiti. Ujarnya, kebiasaannya watak penyondol di dalam drama adalah wanita yang tidak bertudung dan seksi.
“Kalau dulu buat cerita watak penyondol selalu perempuan tu color rambut, make up tebal and pakai seksi! Betul tak?”
Ujarnya, kini dia selaku pengarah drama lebih berminat ingin mengambil watak penyondol sebagai seorang wanita yang bertudung dan mempunyai imej yang suci. Sama seperti perkembangan semasa yang sedang hangat berlaku dalam kalangan masyarakat kini.
“Tapi lepas ini kalau nak cast penyondol kena ambik yang nampak alim dan bertudung, acah-acah suci. Baru tu realiti!”
Dalam masa yang sama, Michael Ang turut menyelar tindakan ‘influencer’ terbabit yang kantoi mahu menukar agama semata-mata untuk mendapatkan sokongan dari netizen. Ujarnya, tindakan seperti itu sedikit sebanyak merosakkan imej mualaf sepertinya dan dianggap tindakan memalukan.
“By the way, itu TikTokers you very “so hai”. Lu ingat tukar agama tu suka suka ah? Orang macam lu la buat orang macam kita malu! Lu lagi baik pergi mampus la!”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.