“Letak Beto pulak, mmg ngam la”-Video2 disebalik tabir filem The Original Gangster tular jadi bualan ramai

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, sebuah filem terbaharu yang akan menemui penonton tidak lama lagi berjudul The Original Gangster arahan daripada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof menjadi perhatian warganet.

Syamsul Yusof sebelum ini beberapa kali berkongsikan perkembangan filem terbaharunya itu, The Original Gangster di media sosial miliknya yang kini dalam pembikinan. Ia mendapat sambutan baik apatah lagi disebabkan beberapa pelakon hebat lelaki turut membintanginya. Terbaharu pula, disebalik tabir pembikinan filem tersebut menjadi perbualan selepas dikongsikan klip video pendek.

Sponsored

Menerusi rakaman tersebut nampaknya ia membuatkan ramai peminat pelakon aksi hebat, Beto Kusyairy menghujani ruangan komen apabila turut suka melihatkan artis tersebut turut terlibat dalam filem The Original Gangster itu.

Malah ramai yang teruja melihat Beto Kusyairy dimana dalam rakaman yang tular memaparkan dia begitu hebat memainkan wataknya dan seperti biasa ramai percaya dengan hasil lakonannya yang jarang mengecewakan peminat dan penonton.

Sponsored

Perkongsian video tersebut bagaimanapun membuatkan nama pelakon tersebut menjadi sebutan ramai menerusi ruangan komen yang mana rata-ratanya merasakan dia sesuai dalam filem terbaharu Syamsul Yusof itu.

‘Ada Beto kompom layan, padu’

Sponsored
Beto

‘Jadi pelakon ni, dia punya watak tu kadang-kadang boleh terbawa-bawa ke dunia realiti, punyalah menghayati orang kata’

Beto

‘Letak Beto pulak, mmg ngam la’

‘Adehh Beto ada tak leh kalau tak tengok’