Semalam gelagat pengacara MeleTOP terbaharu iaitu Hawa Rizwana membuatkan ramai tercuit hati dengan dirinya. Umum diketahui, kini rancangan hiburan popular ini sudah mempunyai pengganti pengacara wanita yang sebelum ini dikendalikan oleh Neelofa dan sekarang ini pula rakannya, Nabil Ahmad akan mengacara rancangan tersebut bersama Hawa Rizwana.
Selepas beberapa episod mereka digandingkan bersama nampaknya sekali lagi, penonton dapat menyaksikan gelagat lucu Hawa Rizwana yang sememangnya seseorang yang juga kelakar sehingga ada yang teringat dengan Neelofa yang dahulunya juga seorang selebriti yang sering mencuit hati penonton MeleTOP.
Hawa Rizwana jadi tumpuan lagi
Menerusi rancangan MeleTOP dalam segmen battle ternyata Hawa Rizwana dan Nabil Ahmad perlu terlibat dalam permainan timbang bola bersama beberapa tetamu jemputan. Tentu sahaja terdapat gelagat lucu terjadi antara mereka.
Hawa Rizwana yang juga terhibur dengan situasi itu dilihat perlu juga menyertai battle timbang bola dan disaat percubaan kali kedua nampaknya terkena bola rakan hosnya itu sehingga mengundang tawa disaat itu.
Perkongsian yang turut tular ini juga membuatkan warganet dan peminat Hawa Rizwana sendiri tercuit hati manakala gelagat Hawa Rizwana juga membuatkan dia dipuji comel oleh ramai apabila Nabil juga sempat berseloroh dengan dirinya selepas terkena bola yang disepaknya itu.
‘Lepas geram betul ni, whatever Hawa tetap cantik’
‘Macam Neelofa lah’
‘Macam balas dendam je’