Shuib Dedah Anak-Anak Pelik Kenapa Ramai Tak Suka Watie, “Apa Salah Dia?”

Sponsored

Macam yang semua sedia maklum, pelawak dan usahawan Shuib kini sedang mengenali hati budi seorang wanita dikenali sebagai Watie. Sebelum ini juga, hubungan di antara kedua-dua mereka ini menjadi perhatian netizen apabila Shuib dan Watie dikatakan muncul di sebuah konsert bersama.

Namun ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dan kurang senang melihat Shuib menjalinkan hubungan dengan wanita itu. Baru-baru ini pula, Shuib mendedahkan anak-anaknya meluahkan rasa pelik mengapa ramai yang tidak suka dengan Watie sedangkan mereka sudah lama mengenalinya dan selesa dengan wanita itu.

Sponsored

“Kenapa orang tak suka dekat Aunty (Watie)? Apa salah dia? Anak saya cakap begitu.

Menurut Shuib, anak-anaknya sudah lama mengenali Watie dan mengunci mulut mengenai wanita itu. Namun selepas perkara ini sudah diketahui ramai, mereka juga turut sama mengusik Shuib tentang hubungannya dengan Watie ini.

Sponsored

Tambah Shuib lagi, soal perkahwinan adalah hal yang menyedihkan dan akan meminta pandangan dari ibunya sekiranya dia benar-benar ingin mengenali seseorang. Malah baginya, sangat penting untuk ibunya sendiri berasa selesa dan merestui hubungan tersebut.

“Paling takut kalau membelakangi keluarga sebab apa-apa pun kami akan berbincang bersama.”

Sponsored

Terdahulu, nama Shuib dikaitkan dengan Watie selepas kelibat wanita itu muncul di dalam gambar semasa Shuib menjamu selera bersama anak-anaknya di sebuah restoran. Malah ada juga yang mendakwa pernah melihat Watie keluar bersama anak-anak Shuib.

Sebelum ini, muncul khabar angin Shuib akan mendirikan rumah tangga tahun depan apabila ada pemilik katering mendakwa sudah menerima tempahan untuk majlis perkahwinannya. Tetapi Shuib menepis dakwaan itu dan memberitahu masih belum mempunyai sebarang perancangan setakat ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak