“Lucu Dato Ni”, AC Mizal Marah Bila Dibagi ‘Gift’ Masa Live Buat Ramai Terhibur!

Sponsored

AC Mizal nama yang cukup tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Mula dikenali ramai sebagai salah seorang ahli kumpulan 4U2C, sehingga kini AC Mizal telah mengembangkan bakatnya dengan bergelar seorang pelakon, pengacara dan sebagainya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Dato’ AC Mizal muncul membuat live di TikTok. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagatnya yang lucu telah membuatkan ramai terhibur.

Sponsored

Salah satunya adalah figura ini tidak tahu bagaimana mahu menamatkan sesi live sehingga terpaksa memanggil isterinya. Selain dari itu, AC Mizal marah bila dibagi gift masa live juga mengundang tawa ramai.

Berikut adalah rakaman pendek ketika sesi live di TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi tersebut:

Sponsored

Lah… ada yang bagi ‘gift’ pun kena marah. Mungkin Dato’ AC Mizal tak tahu fungsi gift itu agaknya. Apatah lagi gift tersebut pula muncul dalam pelbagai bentuk. Tapi memang kelakar sungguh lahai gelagat Dato AC Mizal marah bila dibagi gift ini.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur dengan paparan tersebut. Malah ada juga yang mengimbau satu ketika dulu masa AC Mizal pernah live bersama Johan dan Ozlynn.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Dah end live belum tu dato”

“Adui lawaknya Dato ni”

“Paham kadang memang camtu kalau tak tau benda tu gift sebenarnya. Sebab bentuk pelik2 kan haha”

“Dengar cite sampai sekarang dato live lagi tau”