Selalu Dijodohkan Oleh Netizen, Iqbal Zulkefli Sampai Rasa Takut Nak Dekati Wanita, “Maafkan Saya…”

Sponsored

Terdahulu, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dikaitkan dengan gosip percintaan selepas memuat naik video sambutan hari jadi seorang rakan baiknya, Erysha Emyra. Di dalam video yang dikongsikan itu, Iqbal dilihat menyambut ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon veteran, Datin Seri Noniswara.

Malah Iqbal turut menghadiahkan seutas gelang tangan emas sekaligus membuatkan ramai yang cuba ‘menjodohkan’ usahawan itu dengan rakan baiknya. Terpanggil dengan gosip yang sering melanda dirinya, Iqbal mengakui dia kini semakin takut untuk mendekati wanita kerana sering dijodohkan.

Sponsored

Menurutnya, dia tidak mampu memberikan apa-apa penjelasan berhubung video yang tular itu memandangkan Erysha adalah sahabat baiknya. Malah ibu kepada wanita itu juga mempunyai hubungan yang baik dengannya.

“Setiap kali pertanyaan, persoalan ketika nama saya disebut biasanya pasti ada jawapan. Tetapi untuk kali ini saya tidak menghuraikan panjang kerana menghormati Erysha sebagai sahabat…”

Sponsored
Takut dan bimbang nak dekati wanita

Tambahnya lagi, kini dia berasa takut dan bimbang untuk mendekati mana-mana wanita kerana sering dijodohkan dengan mereka sekiranya memuat naik gambar atau video di media sosial. Malah sebelum ini juga, Iqbal pernah dikaitkan dengan beberapa wanita gara-gara memuat naik gambar bersama.

Jelas usahawan itu, dia tidak mahu ada yang menggelarkan dirinya sebagai lelaki yang mengganggu wanita bahkan mencari publisiti dengan menempel pada wanita. Disebabkan itu dia berasa bimbang untuk mendekati mana-mana wanita kerana ia mungkin akan mengganggu privasi mereka.

Sponsored
Mahu privasikan hubungan

Iqbal memberitahu sebolehnya dia mahukan privasi apabila melibatkan hubungan istimewa memandangkan dia kini sudah semakin mencecah usia 30 tahun. Tambahnya, dengan usianya kini dia tidak mahu bermain-main dengan soal jodoh.

Namun dia mengakui soal jodoh bukanlah satu hal yang mudah tetapi dia menerima dengan hati yang terbuka sekiranya menerima jodoh dalam masa terdekat ataupun pada usia yang lewat. Dalam masa yang sama, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan dia menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram